Jumlah Paparan Pelawat.

Powered By Blogger

Jumaat, 13 Januari 2012

Penendang.

Sebagai seorang lelaki berotot yang normal, aku mempunyai sepasang kaki yang mampu menendang apa sahaja dengan baik. Majlis-majlis menendang bola, tong sampah, pintu, dan manusia sering mengundang aku sebagai jemputan khas. Mungkin kerana sepasang kaki yang aku miliki tampak meyakinkan dan mampu memberi kesan khas. Malah sehingga kini, KRU masih belum menghasilkan kesan khas setaraf penendang ku.


Atas dasar keyakinan diri dengan ribuan jemputan ke majlis-majlis menendang, sepasang kaki ini tidak lagi menoleh kebelakang malah terus menendang ke hadapan walau apa rintangan yang hadir.


"Kelepuk...kelepak...kelepuk...kelepak"
Begitulah deruan kemegahan pasangan kaki ku melangkah ke arah kecemerlangan.


"Duubb!!" dengan tidak semena-mena, sebatang penendang dilepaskan ke arah batu konkrit menunjukkan rasa baran ku akibat dicabar mentah-mentah oleh segelintir masyarakat yang mempertikaikan keaslian otot-otot ku. "Pantang aku dipertikaikan otot-otot keras aku ni". Bisikku di dalam hati, bukannya kaki.


Sesudah sahaja penat melepaskan ratusan penendang, aku duduk bersimpuh dan mula menenangkan diri dengan mengalunkan lagu kegemaran ku ketika ini.


"Ingin ku gigit-gigit-gigit cuping telinga mu......."

Tiada ulasan: