Jumlah Paparan Pelawat.

Rabu, 21 Disember 2011

Demi Lovato.

"Trutttutut... Trutttutut..." Bunyi yg menandakan telah masuknya mesej ke dalam kotak simpanan mesej talifon bimbit separa canggih berlampu suluh milik aku. Lantas aku menekan papan kekunci untuk meng-unlock talifon bimbit dan untuk membaca mesej yg diterima.



U adew dekat manew ni? Da lamew i tunggu u ok. Janji pukul 9. I ta sukew la menunggu lamew2 sowang2.   


Sender: Demi Lovato.



Ya. Jangan terkejut. Perempuan yg kononnya bernama Demi Lovato tu adalah makwe aku. Biasanya, aku panggil dia Lova je. Tampak lebih manis. Kadang-kadang aku panggil dia Timah, supaya nak nampak lebih kemelayuan. Oh ya, kalau aku menyirap dengan dia pun, aku akan panggil dia Timah jugak.


Lova ni muka dia orang kata chinese look tapi bila aku tengok, harap mata je sepet. Kulit pun tak berapa nak cerah, entah part mana yg chinese look sangat aku pun tak tau. Hujung minggu ni genap sembilan bulan aku bersama Lova sebagai pasangan kekasih. Atau, lebih tepat lagi, genap sembilan bulan aku berada di dalam neraka dunia.


Aku dan Lova, mempunyai banyak perbezaan. Aku pendiam, dia banyak mulut. Aku kerinting, dia berambut lurus rejoice. Aku suka warna merah, dia buta warna. Aku suka nasi lauk ikan keli, dia tak makan nasi. Aku bangun lambat, dia tidur awal. Aku dulu tadika KEMAS, dia taski Abim. Aku lelaki, dia perempuan. Pendek kata, aku itu dan dia ini. Dalam banyak-banyak perbezaan, kami masih memiliki serta berkongsi satu persamaan iaitu warna mata. Tapi tidak warna hati.


Sebenarnya, sembilan bulan yg lalu, aku terserempak dengan Lova di gerai makan. Masa tu, aku nak hidupkan enjin motor, tapi tertekan hon. Lova yg sedang menunggu pesanan makanan bersama rakan-rakannya, tanpa segan silu mentertawakan aku. Dalam keadaan yg menggelupur, aku terus mengundurkan motor ke belakang, dan tanpa aku sedar, telah menghentam pintu hadapan kereta Perodua Viva Lova. Lova bingkas bangun, dan meluru ke arah aku sambil tangan kirinya menggenggam botol sos. Sesudah dia mendapatkan aku, dituangnya sos itu ke dalam bungkusan nasi di dalam raga motor aku menjadi satu tulisan. Nombor talifon, yg sampai hari ini aku tak pernah hafal. 



Namun itu semua cerita sembilan bulan yg lalu. Cilake. Aku agak kecewa kerana tidak berjaya nak mendidik dia menjadi manusia. Bila aku baca mesej dia yg sebentar tadi, aku terus balas;



Ok mulai sekarang kita putus.



Selasa, 20 Disember 2011

Ada Apa Dengan Nama.

Aku teringat, akan sebuah teka-teki (betulkah sebuah, atau suatu, atau satu?): ia milik kita, tetapi orang lain yang menggunakannya, apakah ia?

Sabar. Ia memang teka-teki budak-budak, senang saja. Jawapannya : nama kita. Ya lah, kita punya nama, tapi orang lain yang panggil nama kita.

Tetapi tidak bagi situasi sebegini:

Demi Lovato : Avril, jom la makan malam..
Avril Lavigne : Alaa Avril busy laa.. Nak kirim boleh tak Demi?
Demi Lovato : Ooo boley jer..Tapi Demi balik lambat sikit..
Avril Lavigne : Tak apa la kalau macam tu..Avril diet makan roti aja la malam ni..


Aku perasan juga, rapper selalu sebut nama sendiri dalam lirik dia. Adakah ia dituntut dalam penulisan lirik rap?

[rap]
Hari ini tidak ku berteman
Bersendirian aku melayan perasaan
Biarkan mereka berada di awangan
Mereka belum kenal siapa Badiuzzaman!

Isnin, 19 Disember 2011

Aku Bukan Malik Nor.

Sebut sahaja nama Malik Nor, siapa yg tidak kenal. Dalam kepala sudah pasti tergambar seorang lelaki yg berbadan tegap, sasa, berketak dan berotot  tinggi sambil mengenakan spender. Namun, lelaki yg kononnya tegap dengan sengaja mengangkat kolar baju ke atas, belum boleh dikira sebagai lelaki-Malik-Nor.


Dengan hanya menggunakan sebelah tangan, Malik Nor mampu mengangkat dambel seberat 10kg. Aku pula, dengan hanya menggunakan sebelah tangan mampu untuk memegang pinggan berisi nasi, lauk ikan keli dan sayur. Malik Nor berbadan stabil yg membolehkan dia berjalan melawan arus angin, manakala aku pula, hanya mampu membuang angin di depan kipas angin supaya baunya tersebar.


Ternyata aku dan Malik Nor begitu berbeza. Aku adalah aku dan Malik Nor adalah Malik Nor. Aku adalah Badiuzzaman, si lelaki kerinting. Aku mampu memegang pinggan berisi nasi, lauk ikan keli dan sayur. Aku mampu menghembuskan angin di hadapan kipas, dan paling penting, aku tidak menaikkan kolar baju aku ke atas.



Bercakap tentang kerinting, sebenarnya, aku mempuyai rambut yg kerinting. Setiap hari bila aku merenung ke arah cermin, aku sering berasa cemburu dengan objek yg di dalam cermin itu. Dia mempunyai rambut yg kerinting dan berwajah Pan-Asia.



Tiba-tiba pipi aku jadi merah.