Jumlah Paparan Pelawat.

Powered By Blogger

Isnin, 26 Mac 2012

Badi betullaaah.

Minggu-minggu yg berlalu pergi, merupakan antara minggu-minggu yg meletihkan minda serta melemaskan Badi di dalam kehidupan dunia. Badi bukan apa, cuma kadang-kadang tu, terasa diri Badi ni seolah ditarik ke dalam lumpur kerja yg akhirnya menelan Badi hidup-hidup.




Ahhh. Kenapalah dari mula lagi Badi tak terfikir nak membahasakan diri Badi ini sebagai Badi, kan? Badi (mencarut) betullah.




Pernah satu haritu, bila ada yg memanggil nama Badi.... dengan tegasnya;



"Wohooooiiii Badiuzzaman.....!!!"



Badi boleh pulak tersilap dengar...



"Wuhaaaiiii Badiozawa.....~~~"




Teruknya.



Eh, lupa pulak. Yuolz kalau nak tahu kan... Badi sekarang tengah sibuk pergi gym. Yelah, otot-otot yg ada ni sayang pulak kalau dibiarkan berhabuk. Sekali sekala teringin jugak Badi nak berlengan Lin Dan dan berkaki Azizulhasni. Cuma kalau berbadan Amirulhadi tu je yg Badi mintak dijauhkan.



Tapi kan....... Ada satu je lagi masalah.





Macam mana nak jalan dengan kaki yg tak terkepit ha? Badi tak reti la yuolz.

Rabu, 25 Januari 2012

Nyah Pinky.



Aku suka warna pink.


Aku


Suka


Warna


...

...


PINK.




Sebagai seorang lelaki yg lemah lembut dan tegap, aku sangat menyukai warna pink. Ironinya, 90% wanita tidak sukakan lelaki yg berpakaian pink. Walhal, 90% lelaki yg berpakaian pink, tidak sukakan wanita.



"Helloooo. Ni Badiuzzaman okeyyy"


Ini adalah antara ayat kegemaran aku selain ayat-ayat lain yg berakhir dengan "Nyahhh". Cuma kadang-kadang entah kenapa, perkataan Nyah tu tak duduk dibelakang. Contohnya macam,


"Nyah kau dari sini, Nyahhh".



Eh.



Aku silap. Rupanya Nyah tu ada di mana-mana tak kira depan dan belakang.



Satu lagi, bila aku silap. Aku suka cakap macam ni.



"Eeeee ta sukew ta sukew ta sukew la! Menci!"



Sekarang ni baik kata yg pink tu bes, sebelum aku cakap macam yg atas ni. Dengan gedik yg penuh penghayatan.



Jumaat, 13 Januari 2012

Penendang.

Sebagai seorang lelaki berotot yang normal, aku mempunyai sepasang kaki yang mampu menendang apa sahaja dengan baik. Majlis-majlis menendang bola, tong sampah, pintu, dan manusia sering mengundang aku sebagai jemputan khas. Mungkin kerana sepasang kaki yang aku miliki tampak meyakinkan dan mampu memberi kesan khas. Malah sehingga kini, KRU masih belum menghasilkan kesan khas setaraf penendang ku.


Atas dasar keyakinan diri dengan ribuan jemputan ke majlis-majlis menendang, sepasang kaki ini tidak lagi menoleh kebelakang malah terus menendang ke hadapan walau apa rintangan yang hadir.


"Kelepuk...kelepak...kelepuk...kelepak"
Begitulah deruan kemegahan pasangan kaki ku melangkah ke arah kecemerlangan.


"Duubb!!" dengan tidak semena-mena, sebatang penendang dilepaskan ke arah batu konkrit menunjukkan rasa baran ku akibat dicabar mentah-mentah oleh segelintir masyarakat yang mempertikaikan keaslian otot-otot ku. "Pantang aku dipertikaikan otot-otot keras aku ni". Bisikku di dalam hati, bukannya kaki.


Sesudah sahaja penat melepaskan ratusan penendang, aku duduk bersimpuh dan mula menenangkan diri dengan mengalunkan lagu kegemaran ku ketika ini.


"Ingin ku gigit-gigit-gigit cuping telinga mu......."

Rabu, 21 Disember 2011

Demi Lovato.

"Trutttutut... Trutttutut..." Bunyi yg menandakan telah masuknya mesej ke dalam kotak simpanan mesej talifon bimbit separa canggih berlampu suluh milik aku. Lantas aku menekan papan kekunci untuk meng-unlock talifon bimbit dan untuk membaca mesej yg diterima.



U adew dekat manew ni? Da lamew i tunggu u ok. Janji pukul 9. I ta sukew la menunggu lamew2 sowang2.   


Sender: Demi Lovato.



Ya. Jangan terkejut. Perempuan yg kononnya bernama Demi Lovato tu adalah makwe aku. Biasanya, aku panggil dia Lova je. Tampak lebih manis. Kadang-kadang aku panggil dia Timah, supaya nak nampak lebih kemelayuan. Oh ya, kalau aku menyirap dengan dia pun, aku akan panggil dia Timah jugak.


Lova ni muka dia orang kata chinese look tapi bila aku tengok, harap mata je sepet. Kulit pun tak berapa nak cerah, entah part mana yg chinese look sangat aku pun tak tau. Hujung minggu ni genap sembilan bulan aku bersama Lova sebagai pasangan kekasih. Atau, lebih tepat lagi, genap sembilan bulan aku berada di dalam neraka dunia.


Aku dan Lova, mempunyai banyak perbezaan. Aku pendiam, dia banyak mulut. Aku kerinting, dia berambut lurus rejoice. Aku suka warna merah, dia buta warna. Aku suka nasi lauk ikan keli, dia tak makan nasi. Aku bangun lambat, dia tidur awal. Aku dulu tadika KEMAS, dia taski Abim. Aku lelaki, dia perempuan. Pendek kata, aku itu dan dia ini. Dalam banyak-banyak perbezaan, kami masih memiliki serta berkongsi satu persamaan iaitu warna mata. Tapi tidak warna hati.


Sebenarnya, sembilan bulan yg lalu, aku terserempak dengan Lova di gerai makan. Masa tu, aku nak hidupkan enjin motor, tapi tertekan hon. Lova yg sedang menunggu pesanan makanan bersama rakan-rakannya, tanpa segan silu mentertawakan aku. Dalam keadaan yg menggelupur, aku terus mengundurkan motor ke belakang, dan tanpa aku sedar, telah menghentam pintu hadapan kereta Perodua Viva Lova. Lova bingkas bangun, dan meluru ke arah aku sambil tangan kirinya menggenggam botol sos. Sesudah dia mendapatkan aku, dituangnya sos itu ke dalam bungkusan nasi di dalam raga motor aku menjadi satu tulisan. Nombor talifon, yg sampai hari ini aku tak pernah hafal. 



Namun itu semua cerita sembilan bulan yg lalu. Cilake. Aku agak kecewa kerana tidak berjaya nak mendidik dia menjadi manusia. Bila aku baca mesej dia yg sebentar tadi, aku terus balas;



Ok mulai sekarang kita putus.



Selasa, 20 Disember 2011

Ada Apa Dengan Nama.

Aku teringat, akan sebuah teka-teki (betulkah sebuah, atau suatu, atau satu?): ia milik kita, tetapi orang lain yang menggunakannya, apakah ia?

Sabar. Ia memang teka-teki budak-budak, senang saja. Jawapannya : nama kita. Ya lah, kita punya nama, tapi orang lain yang panggil nama kita.

Tetapi tidak bagi situasi sebegini:

Demi Lovato : Avril, jom la makan malam..
Avril Lavigne : Alaa Avril busy laa.. Nak kirim boleh tak Demi?
Demi Lovato : Ooo boley jer..Tapi Demi balik lambat sikit..
Avril Lavigne : Tak apa la kalau macam tu..Avril diet makan roti aja la malam ni..


Aku perasan juga, rapper selalu sebut nama sendiri dalam lirik dia. Adakah ia dituntut dalam penulisan lirik rap?

[rap]
Hari ini tidak ku berteman
Bersendirian aku melayan perasaan
Biarkan mereka berada di awangan
Mereka belum kenal siapa Badiuzzaman!

Isnin, 19 Disember 2011

Aku Bukan Malik Nor.

Sebut sahaja nama Malik Nor, siapa yg tidak kenal. Dalam kepala sudah pasti tergambar seorang lelaki yg berbadan tegap, sasa, berketak dan berotot  tinggi sambil mengenakan spender. Namun, lelaki yg kononnya tegap dengan sengaja mengangkat kolar baju ke atas, belum boleh dikira sebagai lelaki-Malik-Nor.


Dengan hanya menggunakan sebelah tangan, Malik Nor mampu mengangkat dambel seberat 10kg. Aku pula, dengan hanya menggunakan sebelah tangan mampu untuk memegang pinggan berisi nasi, lauk ikan keli dan sayur. Malik Nor berbadan stabil yg membolehkan dia berjalan melawan arus angin, manakala aku pula, hanya mampu membuang angin di depan kipas angin supaya baunya tersebar.


Ternyata aku dan Malik Nor begitu berbeza. Aku adalah aku dan Malik Nor adalah Malik Nor. Aku adalah Badiuzzaman, si lelaki kerinting. Aku mampu memegang pinggan berisi nasi, lauk ikan keli dan sayur. Aku mampu menghembuskan angin di hadapan kipas, dan paling penting, aku tidak menaikkan kolar baju aku ke atas.



Bercakap tentang kerinting, sebenarnya, aku mempuyai rambut yg kerinting. Setiap hari bila aku merenung ke arah cermin, aku sering berasa cemburu dengan objek yg di dalam cermin itu. Dia mempunyai rambut yg kerinting dan berwajah Pan-Asia.



Tiba-tiba pipi aku jadi merah.